Semalam saya ada mesyuarat dengan board. Kalangan pengurusan, saya saja yang hadir sebab Eksekutif yang saya arahkan membantu menyelaras mesyuarat board terpaksa buat kerja Chairman. Akibatnya saya jadi desk officer. Tak ada masalah bagi saya. So, semua permintaan 'inpromptu' saya yang jadi mangsa. Pun tak menjadi masalah kepada saya.
Bila saya gagal dapatkan suatu document, disebabkan semua document CEO tak ada siapa yang bantu, akhir saya tanya Eksekutif Kewangan. Bukan saja Eksekutif Kewangan juga gagal bantu saya sebab dia tak ada document yang berkaitan, tapi cara dia response dengan CEO. Katanya dia tak ada document tersebut sebab dia dianggap tidak wujud dalam perbincangan document tersebut walaupun dia hadir dengan nada yang sangat 'cynical'. Saya dengan nada yang marah dan sangat kecewa saya pun kata . . 'kalau ya pun tak perlu menjawab macam itu' (kerana dia tidak menjawab kepada persoalan yang saya tanya).
Setelah saya bertenang saya merumuskan 1) Pegawai ini memang kurang ajar kerana tidak tahu macam mana sepatutnya bercakap dengan superior apatah lagi CEO 2) CEO tempat dia melepaskan rasa keciwa dan tekanan kerja yang sedang dilalunya. 3) Dia rasa dia tak perlu jaga hati saya. . .