Friday, December 11, 2009

Pinjaman Bank

Hari ini dari pagi sampai kini benak fikiran saya terganggu pasal urusan pinjaman pembelian ruang pejabat yang masih belum selesai. Selaku CEO saya runsing sebab kegagalan saya menguruskan urusan pinjaman ruang pejabat bertepatan masanya akan hanya menyebabkan yayasan dikenakan denda atau faedah oleh pihak pemaju.
1.Perbincangan pasal pembelian ruang pejabat ini dipimpin oleh seorang Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan dibincang dengan jelas termasuk cadangan pengurusan, beberapa siri perbincangan dengan pihak bank. Beliau meminta pihak bank mempertimbangkan supaya yayasan dikenakan kadar faedah khas sesuai sebagai NGO. Tapi masih kini masih tidak ada jawapan positif dari pihak bank. Saya rasa beliau patut bawa isu ini kepada Pengerusi samada yayasan terus tunggu kadar khas atau setuju dengan kadar conventional dari pihak bank. Takkan saya nak mendahului beliau sebab ia sesuatu yang tidak beretika. Lagipun dia kata dalam mesyuarat dia nak tanya pandangan Pengerusi.
2. Pihak pemaju terus call saya dan mendesak supaya urusan pinjaman perlu disegerakan bagi mengelakkan yayasan dikenakan faedah lewat membayar bayaran kemajuan.
3. Saya pula diarahkan ke Medan untuk urusan rasmi dan balik Rabu minggu depan sedangkan pegawai yang bertugas bercuti minggu depan juga balik hari Rabu. FENING SAYA !
Saya bertekad, hari Rabu saya mesti selesaikan masalah pinjaman ini.

Thursday, December 10, 2009

Laporan Polis

Hari saya pergi Balai Polis Kelana Jaya. Sebab nak buat laporan polis tentang kehilangan kabel wayar lif bangunan yayasan di Mentari Plaza. Bukan apa tanggungjawab menjaga aset merupakan satu amanah. Walaupun kehilangan disebabkan pencuri yg tidak bertanggungjawab dan membaikpulih melibatkan kos, saya kena siapkan dokumen untuk jawab dengan Lembaga Pemegang Amanah.
Sedang saya menunggu pegawai polis biat laporan, saya teringat pula pegawai saya dah berkali-kali saya suruh buat laporan polis tentang penipuan oleh pembeli kenderaan yayasan tak dibuatnya hingga kini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, December 9, 2009

CEO, PR

Hari ini saya pergi melayan TV Selangor.com buat liputan program yayasan. Ini semua kerja PR, tapi CEO yang kena buat. Sebab Dato Pengerusi sendiri mahu CEO yang uruskan dan turut bersama dengan aktiviti liputan. Saya pun tak tahu kenapa.
Mula-mula dia interview saya di pejabat, tak ada masalah bagi saya. Lepas tu layan dia orang buat liputan kisah 2 keluarga miskin di Bukit Sentosa. Ini yang tak berapa saya suka. Orang tu ditemuduga itu meluahkan kesusahan kepada agensi yang hanya buat liputan berita. Tapi saya berikan sumbangan makanan dan wang ringgit sebagai tanda penghargaan dan simpati yayasan. Malah salah seorang anak keluarga saya tawarkan ke asrama.
Lepas pun melawat asrama dan rakam suasana asrama dan temuduga Pengetua Asrama. Kesihan CEO, kena layan buat kerja macam ini sedangkan ada 2 orang pegawai yang patut buat kerja PR ini. Malah temujanji berkenaan pinjaman rumah kedai yang saya rancang pada hari ini, terpaksa dibatalkan.

Monday, December 7, 2009

Road-show

Hari ini pagi2 saya ke Sabak Bernam untuk road-show dan temuduga kemasukan pelajar asrama yayasan. Sebelum ini eksekutif saya telah menghantar surat tawaran kepada semua sekolah rendah di Selangor dan 5% sekolah luar bandar luar Selangor (tidak termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan). Malangnya sehingga tarikh tutup 15hb Nov saya hanya menerima 150 permohonan.
Sebenarnya bilangan permohonan sebanyak itu, tidak memberansangkan. Sebab selepas hampir 20 tahun asrama beroperasi permohonan hanya banyak itu. Sebagai CEO saya buat analisa kenapa berlaku sedemikian. Saya ada 2 jawapan. 1. Asrama yayasan gagal menarik minat dan perhatian orang 2. Usaha pemasaran yang tidak berkesan. Tapi saya lebih suka conservartive dan rasa alasan 2 lebih munasabah.
Jadi saya kena buat usaha pemasaran atau road-show. Oleh kerana tiada pegawai yang bertanggungjawab seperti PR dan juga kesuntukan masa, CEOlah yang kena buat sendiri (3 tempat pula). Akhirnya saya menerima lebih 100 permohonan dari penduduk sekitar kawasan-kawasan tersebut. Tapi saya pergi dengan eksekutif aset (tak ada pegawai). Tapi saya bernasib baik sebab dibantu oleh bekas kakitangan dan sukarelawan tempatan. Namun demikian saya betul2 'exhausted' sebab pukul 8.00 pagi keluar dari rumah drive ke Sabak Bernam, buat road-show 3 tempat, drive balik dan sampai rumah jam 11.00 mlm. Pegawai saya dah tentu sampai rumah jam 12.00 malam.
Jadi kemasukan tahun 2011 road-show seperti ini akan saya laksanakan dengan lebih terancang untuk lebih banyak vanue oleh lebih ramai pegawai supaya lebih ramai orang tahu tentang tawaran kemasukan asrama untuk pelajar miskin ini dan akhirnya lebih banyak permohonan diterima.

Thursday, December 3, 2009

Eksekutif Kewangan, Prof Ismail Husin

Pagi2 saya cari Eksekutif Kewangan saya. Saya terkejut bila dimaklumkan dia cuti MC lagi. Inilah trade mark atau branding dia (saya tahu sangat). Cuti ikut suka hati bila2 tanpa maklumkan dan minta kebenaran saya (CEO). Semalam baru saya nak puji dia hari ini buat balik perangai dia. Tapi saya selalu bersangka baik. mungkin perlukan cuti dalam bentuk MC tu tetapi tak perlu nak jaga hati saya. Mungkin dalam benak dia tidak perlu jaga hati saya kerana tidak menguntungkan dia. Dia ingat tak perlu jaga orang akan menguntungkan dia. Tapi yang sebenarnya dia membina perangai yang akan merugikan dia.
Tapi hari ini istimewa. Sebab pejabat saya dikunjungi oleh Tan Sri Prof Emeritus Ismail Husin. Ketua 1 GAPENA. Tujuan dia datang kerana nak berbincang dengan Pengerusi saya. 2 perkara yang dibincangkan iaitu pengiktirafan kerajaan kepada NGO (GAPENA) dalam memertabatkan Melayu dan melancarkan semula Sekretariat Melkayu Antarabangsa, SMA.
Yang saya cerita walaupun sudah berusia lebih 84 tahun tetapi wawasan dan rasional dia tentang Melayu memang hebat bersemangat macam orang muda. Seronok saya dengar rintihan dia tentang pemimpin Melayu sekarang.
Sebelah petang saya update portal YBK.

Wednesday, December 2, 2009

Personal vs Official

Petang ni ada meetg. Agenda utama discuss budget 2010. Semalam saya bincang dgn eksekutif kewangan macam mana nak prepare estimated budget tu. (Actually after 10 years service, prepare budget is a routine task by myself, piece of cake)
OK jugak kali pegawai sy ni. Dia pulun petang tu dan malam dia e-mail saya. Bila saya went through, pagi2 saya panggil dia dan suruh dia buat pindaan. Bila dia siap, dia kata hari ini dia nak cuti (MC). Kelakar tapi dia jujur, saya suka situasi ini. Dia ikhlas. Ini adalah manifestasi betapa penting urusan personal dia agaknya. Urusan peribadi, bagi saya berkait rapat dengan prestasi. Though official matters important but not always urgent.
Saya kena sokong. Jadi saya benarkan dia cuti. Kali ini saya kena cover dan tolong dia.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, December 1, 2009

Budget 2010 !

Pagi2 saya bincang dgn pegawai saya pasal memutakhirkan pemilihan pelajar. Maklumlah permohonan terus diterima slepas tarikh tutup.
Lepas tu bincang pasal soalan temuduga dgn Datin Seri Rosmah dan Datin Rahmah untuk majalah yayasan.
Petang sy dikejutkan pegawai kewangan yg mengadu dgn saya apabila dia diminta sediakan deraf belanjawan 2010 dlm meetg besok. Untuk sediakan buget yg diperlukan adalah perbelanjaan sebenar 2009. Hari ini baru 1hb Nov !
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, November 30, 2009

CEO & Portal

Hari ini saya ditegur Pengerusi kerana memberi salah maklumat dalam portal. Gambar pelajar yang salah walaupun kisah kejayaan pelajar tersebut betul. Walaupun kerja dilakukan oleh webmaster tapi sebagai CEO, saya ambil tanggungjawab.
Selaku manusia saya terima teguran demi untuk menambahbaik prestasi kerja. Tetapi saya selalu percaya sesuatu itu berlaku mesti ada penjelasan. Tapi saya tidak diberi peluang untuk beri penjelasan kali ini. Lebih teruk itu PA Pengerusi sms dan tanya kenapa jadi macam tu?
Pengurusan bukan sahaja getting things done through people ia harus dilihat how things get done.
Saya pun berjanji akan lebih berwaspada di masa depan. Ini termasuklah mengadakan mesyuarat mengesahkan maklumat portal tu tepat
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, October 27, 2009

Despatch

Saya jarang minta tolong despatch uruskan hal peribadi saya. Saya hanya minta tolong dia bayarkan payment bulanan kereta dan kad kredit. Itu pun sebab dia pergi bank tersebut. Jadi saya tumpang je.
Semalam saya minta tolong despatch saya bayarkan caruman insuran anak saya. Bukan apa saya pergi hari Sabtu pejabat insuran tutup dan hanya beroperasi Isnin hingga Jumaat sahaja. Jadi saya minta tolong dia bayarkan.
Tapi cara dia menjawab macam susah sangat nak pergi ke tempat tu (Klang). Riak muka nampak membebankan dia. Saya dapat rasakan. Kadang-kadang minta tolong dengan orang akan menyenangkan kita tetapi kadang2 sangat menyakitkan hati. Malah buat sendiri lebih senang. Jadi, saya start kereta dalam tempuh 1 jam selesai.
Orang percaya minta tolong atau suruh orang menyenangkan tapi saya selalu akan melalui pengelaman yang menyakitkan. Jadi mana yang boleh buat sendiri, buat sendiri. Malah lebih produktif kadang2

Saturday, October 24, 2009

Pegawai Yang Kurang Sopan

Semalam saya ada mesyuarat dengan board. Kalangan pengurusan, saya saja yang hadir sebab Eksekutif yang saya arahkan membantu menyelaras mesyuarat board terpaksa buat kerja Chairman. Akibatnya saya jadi desk officer. Tak ada masalah bagi saya. So, semua permintaan 'inpromptu' saya yang jadi mangsa. Pun tak menjadi masalah kepada saya.
Bila saya gagal dapatkan suatu document, disebabkan semua document CEO tak ada siapa yang bantu, akhir saya tanya Eksekutif Kewangan. Bukan saja Eksekutif Kewangan juga gagal bantu saya sebab dia tak ada document yang berkaitan, tapi cara dia response dengan CEO. Katanya dia tak ada document tersebut sebab dia dianggap tidak wujud dalam perbincangan document tersebut walaupun dia hadir dengan nada yang sangat 'cynical'. Saya dengan nada yang marah dan sangat kecewa saya pun kata . . 'kalau ya pun tak perlu menjawab macam itu' (kerana dia tidak menjawab kepada persoalan yang saya tanya).
Setelah saya bertenang saya merumuskan 1) Pegawai ini memang kurang ajar kerana tidak tahu macam mana sepatutnya bercakap dengan superior apatah lagi CEO 2) CEO tempat dia melepaskan rasa keciwa dan tekanan kerja yang sedang dilalunya. 3) Dia rasa dia tak perlu jaga hati saya. . .

Saturday, June 13, 2009

Lost

Hari ini Dato Pengerusi akan menghadiri sesi penggambaran documentari di Telok Intan, Perak. Sebagai CEO saya ada tentative atternary yang dicadangkan 1 minggu lepas. Macam biasa selalunya disebabkan perkembagan dan pertimbangan baru cadangan akan mengalami sedikit pindaan. Lagipun atternary tidak memperincikan lokasi dan masa program.
Sehingga semalam PA yang menguruskan program Dato tidak berusaha memaklumkan kepada saya program Dato. Bukan apa sebagai CEO saya wajar tahu dan bersama jika Dato hadir dalam penggambaran tersebut.
Pagi ini saya call pegawai Rozita, pegawai saya yang terlibat dalam sesi penggambaran. Menurutnya Dato dan dia akan hadir ke Telok Intan petang ini. Program sebenarnya besok pagi, lokasi dia tak pasti. Hanya apabila sampai petang nanti baru dia tahu.
Kesihan saya, perkara penting macam ni pun saya tidak dimaklumkan (lost). Jadi kalau sempat saya terpaksa sertai Dato besok.
Akhirnya petang jam 5.30 petang saya terima sms berbunyi '14jun 2009, 8pagi-Rumah owg tua kat bagan lalang, teluk intan. . cntact person(Dato Idris)' saya tak fikir ini adalah sms dari staff kepada CEO.

Thursday, June 11, 2009

Webmaster Gagal

Pagi2 lagi saya dimaklumkan oleh pegawai saya, Dato memintanya supaya mengkaji semula konsep portal yayasan. Kononnya portal yayasan agak sejuk apabila penyampaian berita tidak menarik dan tiada ciri interactive. Saya setuju. Tapi yang tidak setuju pegawai saya tu pun tak terlibat lansung dalam penyelenggaran portal yayasan tu. Dia yang sepatutnya menyediakan berita dan gambar pun gagal disempurnakan dengan baik. Selalunya saya buat sendiri sebab tidak bertepatan masanya
Pengredan prestasi sesuatu kerja harus dinilai kepada konsep asal program (portal) itu sendiri. Konsep asal portal ini adalah liputan aktiviti (berita) dan capaian makluman asas yayasan. Saya dah cuba sebaik mungkin buat liputan berita dan artikel yayasan dan bertepatan dengan masa seboleh mungkin. Setakat ini walaupun tidak ada pegawai khusus yang bertanggungjawab, berita laman web dikemaskini oleh CEO sendiri dengan konsep di atas.
Tetapi ia telah menarik perhatian dan tidak memuaskan hati Dato Pengerusi sendiri. Saya pun berbincang dengan pegawai apa yang Dato mahukan ? Dia kata dia pun tak faham. Tetapi yang jelas webmaster gagal mengurus dan menyelenggara portal yayasan dengan baik. Saya pun terfikir, susah jugak jadi webmaster ni.

Wednesday, June 10, 2009

Diarah Balik

Pada 6/6/2009 saya bertolak ke Kangar untuk aktiviti rakaman dokumentari kemiskinan. Saya memaklumkan kepada Dato Pengerusi rancangan saya untuk menyertai bersama dengan 2 orang kakitangan merancang dan melaksanakan aktiviti rakaman tersebut pada 7-10/6/2009 bersama krew yang telah dilantik.
Program dokumentari tentang kemiskinan profile terpilih seluruh Semananjung merupakan program yang mendapat persetujuan Dato Pengerusi dalam notis dalam tempuh 5 hari. Program ini bertujuan memaparkan kemiskinan dan ketabahan sesebuah keluarga mengharungi kesusahan hidup dan pada masa yang sama yayasan cuba membantu sekadar yang mampu.
Kedatangan saya adalah bersama isteri dan 2 orang anak. Kenapa ? sebab sebagai ganti rugi rancangan bercuti yang terpaksa saya batalkan disebabkan tugasan rakaman dokumentari ini.
Aktiviti rakaman 1 dan 2 di sekitar Kangar, Perlis pada 7/6/2009 berjalan dengan baik. Selepas rakaman yang ke 3 iaitu di Kuala Ketil Baling pada 8/6/2009 dan sebelum berangkat ke Alor Star untuk rakaman yang ke 4 pada 9/6/2009, kereta saya mengalami kerosakan automatic gear. Oleh kerana masa tu sudah pukul 6.30 ptg saya tangguhkan penyertaan saya di Alor Star dan meminta rakan-rakan lain meneruskan.
Besoknya 9/6/2009 saya saya ke bengkel kereta di Baling dan kerosakan dibakki selepas 12.30 tgh. Malangnya saya menerima sms dari ahli lembaga yang menyatakan ketidakpuasan hatinya kerana saya tidak berada di rakaman yang ke 4. Beliau menasihatkan supaya saya balik kerana gagal berada di tapak rakaman dan diganggu dengan masalah keluarga yang turut serta.
Walaupun saya bercadang untuk menyertai di rakaman yang ke 5 di Pulau Pinang tetapi saya membuat keputusan balik dan bekerja besok sebab diarah balik.

Friday, June 5, 2009

PA Pengerusi

Pagi tadi, ada satu lagi perangai PA Dato Pengerusi saya. Pagi2 dia dah beritahu saya pasal Dato suruh dia bincang dengan saya pasal kit ceramah Dato. Memang saya tak suka cara dia beritahu saya. Macam mengada-ngada sikit dan dibuat saya macam sama dengan dia.
Bila saya baca tajuk ceramah saya tak faham. Saya tanya. Dia pun tak faham. Saya suruh dia call dan tanya pegawai yang jemput Dato, apa yang dia hendak.
Dia kata, pegawai tu sedang meeting dan akan call dia. Saya pun terfikir siapa dia yang orang tu nak call dia balik. Tengahari macam biasa dia keluar. Saya tanya dah call ? Dia jawab lagi, pegawai akan call dia.
Pukul 3.40 petang baru dia masuk pejabat (sebab Dato tak ada). Lepas tu 4.45 petang makan nasi. Saya pun tanya dia, dah call pegawai tu ke belum. Dia pun jawab dengan saya, macam bercakap dengan office boy (sambil makan). Dato tak jadi beri ceramah.
Tersentak saya. Sekali lagi saya sakit hati dengan dia. 1) Dia patut beritahu saya . . sebaik sahaja dia tahu Dato tak jadi beri ceramah, janganlah sampai saya tanya. Jadi saya tak perlu risau dengan kemajuan kerja yang saya arahkan 2) Saya dah prepare kit ceramah Dato berdasarkan kajian saya. Saya habis 2 jam untuk siapkan kit ceramah Dato sebab tengok dia tak buat apa pun, selamba je dan balik pejabat lewat sangat. Rupa2 nya Dato tak jadi bagi ceramah.
Saya memang tak minat dengan cara dia bekerja dengan CEO (saya).

Thursday, June 4, 2009

Emotional Quotient

Pagi tadi saya kelam kabut sikit dengan PC saya yang baru diformat. Dulu masa ada eksekutif ICT, dia akan uruskan semua. Sekarang dia dah tak ada. Saya kena buat sendiri; hantar kedai untuk reformat dan reconfigure setting sendiri. Antaranya printer dan networking setting dan beberapa program dan 'driver' yang perlu install semula.
Saya pun sms bekas eksekutif ICT saya dengan 1 soalan sahaja. Soalan saya macam nak access networking. Tapi eksekutif ICT saya ni bukan sahaja bekas pegawai saya, tetapi dia juga kawan saya. Walaupun dia tidak lagi bertugas dengan saya dia sangat responsive dan tahu menilai kawan. Ini yang dikatakan 'emotional quotient' atau suara hati membantu sesama manusia tak kira pangkat. Selang 2 minit saja dia bagi 3 solution dalam 2 sms dan 1 e-mail. Selesai masalah saya.
Sebenarnya kalau seseorang itu faham, dia tak perlu ikatan formal untuk menolong orang. Seperti yang saya selalu sebut dengan staff saya kita menolong orang adalah kerana 'emotional quotient' bukan sebab dia boss kita atau ada muslihat lain (kena ikhlas). Atau kita bukan berkawan dengan pangkatnya. Kita berkawan kerana 'hablum minannas' Bila kita tolong orang kita akan rasa senang. Kalau ada orang yang tolong orang tapi rasa susah hati, maka dia bukan orang.
Situasi ini sangat berbeza dalam suatu insiden bulan lepas, bila saya baru nak tanya seseorang di pejabat saya (she was not offically my staff), tapi dia dah jawab. 'sekarang saya sibuk! saya tak ada masa' . . sejak tu saya tak nak tanya apa2. Tapi baru ni dia jumpa saya (CEO) hanya nak tanya no telefon, walaupun dia boleh tanya dengan staff saya. Saya jawab dan layan dengan baik.

Keputusan CEO

Bila saya (CEO) buat keputusan saya selalu mengambil kira input dan output. Apa inputnya ? Sudah tentu kemampuan kewangan dan kebolehupayaan pegawai yang melaksanakan dengan penuh objektif.
Apa outputnya ? Sebenarnya tak perlu banyak sangat. Ia perlu jelas dan realisitic. Matlamat yang terlalu abstract atau bergantung kepada banyak parameter patut dielakkan. Jadi, jika saya buat keputusan ia mesti boleh illustrasikan dan diyakinkan flow atau prosesnya.
Tadi saya buat keputusan tentang program melawat dan merakam keluarga terpilih seluruh negara. Sudah tentu isunya adalah kos. Kos yang dikemukakan tidak termasuk produksi adalah RM35,000.00 berdasarkan 96 kes yang diliputi. Daripada 96 kes tersebut kami memerlukan 18 kes sahaja untuk didokumentarikan.
Sebagai CEO bila saya keputusan saya lihat cost effectiveness. Kenapa perlu 96 kes ? Ia hanya meningkatkan kos. Jadi saya kurangkan liputan dari 96 jadikan 48 (4 kes x 12 negeri) sebab yang kita perlukan hanya 18 kes sahaja. Lagipun liputan kes perlu sesuai supaya fokus dan tidak membazir.
Tapi pegawai saya tak setuju sebab dia perlu mark-up untuk cost contingency. Saya kata NO. Tapi dia kata dia dah explain dengan pengerusi program (ahli lembaga) dan setuju.
Sakit hati saya. Lepas ni apa juga program yang dipengerusikan oleh ahli lembaga, saya tak perlu buat keputusan. Sebab pegawai ada alternatif.

Tuesday, June 2, 2009

Protocol

Tadi pada pukul 4.00 ptg saya tersentak dengan ragam staff saya. Puncanya apabila subordinate tidak established proper protocol dengan superior. By virtue of CEO, sepatut saya boleh panggil staff bila-bila masa apatah sesuatu yang urgent. Tapi ia tidak berlaku.
Pegawai ni senior. Oleh kerana terlalu senior dia lain sikit. Dia boleh membantah tidak setuju dengan hanya alasan dia sedang berdepan dengan beban kerja terlalu banyak. Bayangkan kalau dia boleh tangguhkan CEO dia atau batalkan lansung dengan alasan sibuk. Alasannya memang justified tapi tidakannya tidak matang. Akhirnya saya hanya abaikan dia dalam action plan saya.
Petang tadi saya dapat sms dari ahli lembaga pemegang amanah yang menyebut dia. Apatah lagi bersabit dengan media. Jadi untuk menyelesaikan isu yang dibangkitkan saya perlu panggil dia. Saya hanya perlu less than 3 minutes. And that 3 minutes will not ruined her works at all I'm sure. But than she choosed to abandoned me. Her reason was, she could't captured the images of the event because she was late. She must be fogotten who she was during the event and who she is to CEO. Protocol always 2-ways communications.

Produktiviti

Apa dia produktiviti ? Saya masih ingat dengan artikel Tan Sri Musa Hitam dalam tahun 70an dalam sebuah akhbar versi Melayu. Samada dia menulis atau ditemuramah saya tidak ingat. Tapi isu yang diperkatakan adalah tentang produktiviti.
Tan Sri Musa Hitam cuba nak menerangkan apa yang dikatakan tentang produktiviti dalam versi yang sangat mudah difahami. Oleh kerana masa itu saya dalam Tingkatan 6, tajuk produktiviti menarik minat saya membaca. Dan sampai sekarang ingat.
Tan Sri Musa Hitam kata, produktiviti adalah output berbanding dengan input atau kita jangan membazir. Kalau dalam perniagaan modal berbanding dengan keuntungan, kalau dalam dalam keluarga perbelanjaan berbanding pendapatan isi rumah. Peribahasa Melayu pun ada sebut jangan besar kerak dari nasinya atau jika pakai baju ukur badan dulu. Sebenarnya dalam budaya orang Melayu produktiviti adalah suatu nilai yang tidak pernah diabaikan. Cuma ia tidak disebut atau dibincangkan secara akademik.
Begitu juga dalam pengurusan pejabat. Produktiviti adalah output berbanding input. Apa output atau inputnya. Pengurusan kalau meletakkan output sebagai KPI maka input mesti diambil kira.
Tapi yang jelas antara input adalah gaji pekerja dan kos utiliti pejabat.
Dalam pengurusan, saya sering menekankan supaya kos input hendaklah diminimumkan. Maknanya bilangan kakitangan yang optimum, penggunaan lampu dan aircond yang bijaksana. Kalau digunakan bilik hanya 2 jam kenapa biarkan pasang aircond 9.00 am - 5.00 pm. Bukankah itu membazir namanya.
Malangnya kadang-kadang atau segelintir staff saya, mereka selalu tak peduli. Saya tak nak bincang kenapa. Tapi saya sedih dan tak kuasa lagi nak ingatkan kecuali switch-off sendiri mana-mana lampu dan air-cond yang saya fikir membazir atau mengurangkan produktiviti. Saya yakin niat saya melakukan sesuatu untuk mengurangkan pembaziran dan dihisab sebagai suatu ibadat Allah Maha Mengetahui. Mengurangkan pembaziran juga meningkatkan produktiviti dan amalan ibadat

Monday, June 1, 2009

Arkib Foto

Dalam pengurusan saya, ada satu aktiviti yang saya namakan arkib foto. Pegawai yang bertanggungjawab merupakan seorang yang senior. Kenapa yang senior? Sebab dia melibatkan kepentingan pusat sumber, media conversional dan ICT maupun artikel atau images.
Secara theory aktiviti media conversional macam penerbitan majalah akan menjadi senang bila arkib gambar disimpan mengikut stratification yang diputuskan. Pembangunan media ICT pula seperti kit taklimat mudah sebab image disimpan secara sistematik sangat membantu. Begitu juga pembangunan portal menjadi mudah bila gambar yang berkaitan dengan berita web tersebut mudah diperolehi. Malah sesiapa sahaja hendak mendapatkan compilation arkib foto, kerja akan menjadi mudah dengan adanya arkib foto ini.
Malangnya arkib gambar ni benar-benar jadi arkib atau bahan sejarah je. Ia kerap tidak dapat digunakan khususya untuk berita laman web. Selepas sesuatu program saya terus mengarang berita dan upload dalam portal. Tapi gambar yang dirakam selalu lambat disimpan dalam arkib foto di komputer backup menyebabkan berita laman web selalu tak ada gambar. Dia tafsir yang arkib je bukan foto. Apatah lagi pengertian dan tujuan arkib foto

CEO, Webmaster

Hari ini saya teringat staff saya yang uruskan semua hal-ehwal ICT. Semua aktiviti penyelenggaraan portal diuruskan oleh Eksekutif ICT saya. Walaupun berita dan portal kadang-kadang tidak dikemaskini bertepatan masa tetapi pembangunan ICT dikendali oleh seorang eksekutif di bawah penyeliaan saya sebagai CEO. Yang menariknya, walaupun dia bertanggungjawab sebagai webmaster namun urusan sosio-ekonomi juga dibantunya. Oleh itu selaku CEO saya juga turut membantu dia dalam kerja penyelengaraan portal. Kerja dalam NGO bukan boleh berkira sangat.
Namun demikian, disebabkan kepentingan kerjayanya dalam ICT, dia meletakkan jawatan dan menyertai sektor swasta
Nasib baik saya tahu serba sedikit pasal ICT samada pembangunan virtual ini, portal dan multimedia. Kalau tidak, susah saya. Sebagai CEO,kita tidak hanya tahu 'managing the people'. Jadi oleh kerana tidak ada orang yang bertanggungjawab mengemaskini portal saya buat arahan supaya ada orang yang kemaskini image dan ada yang prepare berita dan memadailah saya upload ke alam virtual ini. Namun kebelakangan ini saya dah jadi webmaster, (1) capture images (handset) (2) prepare news dan (3) upload ke server. Malah ahli lembaga yang tanya saya, samada sesuatu berita dah update ke belum.
Staff lain nampaknya macam biasa dengan alasan tak sempat dan tak tahu. Walaupun saya selalu pesan, belajar dan memiliki 'technical know-how' tidak akan merugikan sama sekali. Sebab biar CEO jadi webmaster jangan webmaster jadi CEO.

Sunday, May 31, 2009

CEO, PA Pengerusi

Apa tugas PA atau Personal Assistance ? Mudah je iatu kita kena tahu hal-ehwal boss kita. Supaya kita boleh dalam keadaan apa pun sentiasa dapat membantu boss. Tapi lain sikit dengan PA Dato Pengerusi saya ni.
Bila Dato Pengerusi tanya dia, dia akan tanya saya dengan harapan apa jawapan saya itulah jawapan dia kepada Dato. Jadi dia ingat sumber maklumat dia untuk Dato adalah CEO dia. Banyak cantik dia. Dia ingat dia nak 'work smart' satu konsep kerja yang saya tidak percaya kerana ia hanya menjurus kepada menipu je. Walaupun Dato immidiate boss dia, tapi saya adalah CEO dan ketua dalam pengurusan.
Ini ada satu insiden, apabila Dato bertanya tentang program.
Walau bagaimanapun semasa perbincangan Dato dah tanya PA dia. Pertama, memang dia tak tahu hujung pangkal sebab suka 'react on face-value' je. Dia lansung tidak mengambil pendekatan pre-emptive dan ikut semua perkembangan Dato. Bila Dato tanya, dia sms saya macam dia Dato dan saya PA dia. Saya tak jawab sms dia. Orang kalau buat pendekatan reactive sampai bila tak akan maju dan berjaya.
Dia lupa, CEO juga adalah PA kepada Pengerusi. Jadi lebih baik saya brief Dato terus. Apa pasal saya nak brief dia

Thursday, May 28, 2009

Cuti atau Time Off

Pagi tadi saya ada program Kelab Warga Emas Seksyen 24 Shah Alam iaitu taklimat pasal Progam Sinar Kasih Ramadhan 1430H. Macam biasa, semua staff hadir bantu apa yang patut. Ada seorang staff saya, datang sendirian tapi lewat dari yang lain. Nampak macam tak sihat tapi dia memang 'semendang' nampak tak sihat. Bila selesai program saya terus balik ke pejabat. Yang lain macam biasa lepas 2.00 ptg baru masuk pejabat. Walaupun pukul 11.30 program habis.
Tapi dia tak ada. Bila saya perlukan dia untuk bantu saya prepare document KKLW pukul 2.30 ptg, orang lain jawab telefon dia dan mengatakan dia tak ada. Saya tanya mana dia? Dia kata dia tak tahu. Eh cuti ke time-off budak ni. Dia jarang cuti suka hati tapi emergency leave tak pernah beritahu saya. Ikut suka dia je. Tapi hari ini emergency ke
Saya pun hairan kalau cuti kenapa tak beritahu saya. Kalau time-off pun dia patut beritahu saya.

Wednesday, May 27, 2009

Kontrak Perkhidmatan

Hari ini saya bersembang dengan seorang arkitek yang biasa berurusan dengan pejabat saya. Kami berbincang pelbagai tajuk dan isu. Salah satu daripadanya adalah tentang seorang kakitangan saya. Tapi telah ditamatkan perkhidmatan atas dasar pejabat perlu mengecilkan saiz kakitangan.
Bagi saya, dia seorang yang jujur dan amanah dalam tugasnya. Cuma disebabkan masalah komunikasi dia gagal memafami kehendak CEO dan saya juga tidak dapat membaca kelemahannya. Tapi sejak dia tidak lagi berkhidmat dengan saya, tiada siapa pun yang tahu di mana dia. Ada yang berkata dia merupakan orang yang tak ingat kawan. Itu sebab dia tak pernah cari kawan-kawan lamanya.
Tapi saya ingat dia hanya merupakan bekas kakitangan. Dia merupakan seorang kakitangan selagi dia ada kontrak perkhidmatan dengan saya. Sekarang kontrak perkhidmatan telah ditamatkan. Dan sepanjang dia berkhidmat dengan CEO, saya mungkin tidak pernah berusaha membina ikatan persahabatan dengan dia. Jadi lepas dia diberhentikan dia rasa dia tidak ada urusan dengan CEO dia sebab kontrak perkhidmatan sudah ditamatkan.
Tapi kadang-kadang saya teringat kerenah dia.

Thursday, May 21, 2009

Self-branding

Hari ini saya tak nampak Eksekutif Kewangan saya sejak saya balik dari meeting di Kajang jam 1.30 ptg tadi sampai saya balik pukul 5.30 ptg. Saya tanya staff lain, mereka kata dia pergi ziarah ada kematian. Saya fikir kerana kematian dia layak time-off.
Tapi saya selalu buruk sangka dengan dia ni. Macam bukan time-off je. Macam cuti 1 free hari pulak. Mungkin pagi dia ada di pejabat. Jadi sebelah petang di ambil time-off. Tapi macam biasa budak ni kalau nak time-off atau cuti suka hati dia je. Bukan nak call dan beritahu sebagai hormat kepada CEO dia. Dia ingat dia untung bila cuti atau tak payah begitu immidiate boss dia. Dia lupa lagi kerap dia buat macam tu naik jelak saya. Saya tak perlu nak marah dia sebab dia dah matang dan tahu sikap buruk macam tu. Pendirian saya mudah je. Kalau dia nak amalkan nilai baik sebab sebagai orang Islam dia perlu kesedaran emosi dan spiritual iaitu hormat sunnah alam maka dia kena buat pembetulan. Ini soal self-branding. Kalau mahu dikenali sebagai seorang yang cuti dan time-off sesuka hati je, tak perlu buat apa2, amalkan perangai tu

Monday, May 18, 2009

Road Tax Kereta

Semalam saya terima sms dari Pengerusi. Dia menyatakan kekeciwaan apabila road-tax sebuah kereta kegunaan asrama tidak diperbaharui setelah expired pada bulan Mac. Saya terus menghubungi Eksekutif Kewangan dan bertanya kenapa jadi begitu. Dengan penuh keyakinan, dia maklumkan geran kereta tersebut telah diserahkan untuk tanggungjawab penyelia asrama. Jadi itu tanggungjawab penyelia asrama. Saya minta dia semak semula dan confirm fakta tersebut. Saya tidak berani memberi penjelasan kepada Pengerusi selagi tak tengok surat penyerahan tanggungjawab kepada penyelia asrama. Sebab apa juga alasan, pengurusan saya dah lakukan satu kelalaian.
Hari ini saya tanya dia bagaimana ? Dia kata dengan perlahan, geran kereta ada dalam simpanannya. Dia pun tanya bukankah saya beritahu dia kereta tersebut telah diserahkan kepada persatuan ibu tunggal ? Saya tak kuasa nak jawab soalan budak ini. Ini memang ada specility mengalih pandangan kesilapan dia. Tak ada lah nak minta maaf kerana kelalaian dia.
Bila Pengerusi tanya lagi kenapa jadi macam tu. Saya minta maaf kerana terlepas pandang. Tapi Dato Pengerusi seperti yang saya kenal memang bijaksana orangnya. Bila saya explained, Pengerusi kata, pegawai kita memang tidak bertanggungjawab. Malah pekerja asrama sepatutnya memaklumkan perkara tersebut lebih awal tidak bertindak sepatutnya. Saya pun beritahu road-tax sedang diuruskan.

Sunday, May 17, 2009

CEO Banyak Lemak

Hari ini ada program kesihatan tajaan LPPKN di penempatan PPRT di Sabak Bernam. Sebelum majlis perasmian, ceramah mengenai kanser, penyakit payu dara dan barah rahim disampaikan oleh doktor.
Saya belum sarapan pagi. Oleh kerana sarapan pagi (nasi lemak dan kuih) terhidang, saya menghambil kesempatan bersarapan setelah difahamkan sarapan tersebut untuk urusetia. Sebagai CEO saya wajar buat keputusan dan menjemput petugas dari kakitangan klinik menjamu selera.
Tapi saya agak terkejut bila eksekutif saya berkata sendirian tetapi saya mendengarnya dengan jelas saya 'banyak lemak' bila saya menjamu makanan tesebut. Saya agak dia nak bergurau tapi dah sampai peringkat nak memalukan CEO dia. Dia mungkin nak marah saya kerana menjamah jamuan untuk VIP selepas majlis peresmian. Tapi sebagai CEO saya berhak teguran yang lebih sopan. It's all about soft-skill iaitu bagaimana bercakap dengan boss, but unfortunately she has none. Wajarkah dia ingatkan saya. Memang wajar. Tapi dia bukan nak ingatkan saya cuma suatu manifestasi tidak menghormati lansung pegawai atasan dia.
Lepas tu dia pun sama melantak sarapan tu''

Thursday, May 14, 2009

Laporan Kewangan

2 hari lepas (Isnin) saya mengadakan perbincangan dengan Eksekutif Aset dan Eksekutif Kewangan pasal Laporan Pengurusan. Setelah mengemaskini beberapa perkara saya minta Eksekutif Kewangan sediakan Laporan Perbelanjaan dan Pendapatan sehingga 31/4/2009 secepat mungkin. Sebab pertama saya nak kemaskini laporan prestasi kewangan pasal beberapa perkara seperti Asrama Kasih, KUNTUM. Kedua saya perlu attached Laporan Kewangan Bulanan dalam Laporan Pengurusan Mei 2009 saya.
Tapi sehingga semalam jam 5.00 petang dia buat selamba je. Akhirnya hari ini saya prepare Laporan Pengurusan Mei 2009 dengan laporan kewangan sehingga 31/3/2009. Bila saya edarkan laporan pengurusan kepada semua kakitangan dan Lembaga, dia buat macam tak ada apa2 dan pun tak nak explain kenapa laporan kewangan tidak dikemaskini seperti yang dilaporkannya.
Dia ingat saya lupa atau dia tak peduli dengan CEO dia

Tuesday, May 12, 2009

Laporan Cuti & Punch Card

Hari ini saya bincang kemajuan laporan punch card dengan Eksekutif Pentadbiran saya. Walaupun dia baru 3 bulan kerja, laporan ini adalah laporan keduanya. Sebelum ini, pegawai yang bertanggungjawab sebelum dia tolong siapkan. Sebagai Eksekutif Pentadbiran semua urusan perlantikan, cuti dan pentadbiran memang saya minta dia sediakan. Termasuk laporan cuti dan punch card.
Ada 2 cerita. Pertama semasa berbincang dengan saya sebagai CEO, dia boleh berbincang dengan orang lain pasal perkara lain di depan saya. Kelakar budak ni. Walaupun pasal kerja tapi takkan sedang berbincang dengan saya. Ke 2 laporan cuti dan opunch card sehingga 31/4/2009 tak siap. Walhal ada 7 orang je kakitangan NGO ni. Bukan susah sangat kira cuti yang diambil dan baki cuti setiap kakitangan. Kalau saya yang kira, not more than 5 minutes for sure. Saya kata minta dia siapkan petang nanti.
Sampai petang dia buat bodoh je. Ada 3 kemungkinan. 1. Dia tak dengar dan tak hairan dengan arahan saya dan 2. Dia memang tak segan dengan saya 3. Dia ingat saya lupa dan dia cerdik.
Lepas tu saya siapkan laporan pengurusan tanpa laporan cuti yang dikemaskini. Saya suruh dia buat salinan untuk makluman lembaga dan semua kakitangan. Yang hairannya, dia pun tak tanya tanya atau cuba nak explain kenapa laporan dia tak siap. Saya mula tak berkenan dengan budak ni.
Tapi akhirnya dia kemukakan laporan pada 18/5/2009.

Friday, April 24, 2009

Keraian CEO (Memangku)

Saya bercuti. Beberapa orang pegawai telah menyediakan kertas kerja untuk ahli lembaga dan seramai 4 orang terpaksa bertugas hingga lewat petang. Oleh kerana CEO bercuti, eksekutif kewangan telah membuat keputusan sendiri kerana merasakan dia berhak bertindak sebagai CEO. Dia buat keputusan membeli pizza dengan harga RM120.00 untuk 4 orang yang kerja lewat petang.
Besoknya saya detected dalam petty cash claim. Saya tanya apa kuasa dia membuat keputusan membeli atau berbelanja menggunakan duit pejabat untuk keraian sebanyak itu? Saya telah menasihatkan itu adalah kali terakhir kecuali mendapat kelulusan saya atau ALPA terlebih dulu.
Selama saya 10 tahun sebagai CEO claim keraian saya RM20-RM40 je kecuali diarahkan Dato belanja makan tetamu. Tapi tak lebih RM100.00
Tetapi bila ada orang merasakan dia sedang merasa acting CEO, lain macam pulak lagaknya

Thursday, April 23, 2009

Kereta Pejabat

Semalam saya ada program kesihatan di Batu 2 Tebuk Pulai Sabak Bernam. Saya memutuskan supaya seorang eksekutif lelaki pergi bersama saya. Sebab saya tak berapa sihat untuk drive sendiri. (Tapi akhirnya saya drive sendiri jugak).
Program tersebut berakhir jam 2.00 petang tadi selepas majlis penutup oleh Dato Pengerusi saya. Saya pun terus balik bersama eksekutif saya. Dalam perjalanan dia hanya minta saya hanya hantar ke stesen LRT berhampiran pejabat supaya dia boleh balik naik LRT. Saya fikir ia akan mengambil masa tambahan tidak kurang 1.5 jam untuk dia sampai ke rumah jika saya ikut cadangan dia. Saya dapat rasakan kesusahannya untuk dia sampai rumah. Jadi saya cadangkan dia ambil kereta pejabat. Dia menolak mungkin segan atau mungkin tidak suka ambil kesempatan (berbeza dengan pegawai saya seorang lagi tu). Prinsip tidak menyalahguna kemudahan atau kereta pejabat untuk kegunaan peribadi mungkin pegangannya.
Saya teruja dengan pendirian dia. Disebabkan pendirian yang baik itu, saya ambil keputusan hantar dia ke rumah (Gombak) yang menyebabkan saya terlewat 1.5 jam untuk sampai ke rumah. Tapi saya singgah dan ziarah emak dan kawan saya kat Gombak.
Susah nak berdepan situasi seperti ini, seorang yang tidak mahu mengambil kesempatan untuk kesenangan diri. Walaupun menggunakan kereta pejabat itu wajar sebab balik dari program rasmi dia masih ada pilihan. Pilihan dia adalah naik LRT. Saya harap saya akan dapat ramai pegawai macam dia ni.


Wednesday, April 22, 2009

Recommendation

Mesyuarat lembaga pada 21/4/2009 (Selasa) memutuskan tuntutan saman Gerimis Mutiara Sdn Bhd sebanyak RM38,000 diselesaikan secara luar mahkamah dengan bayaran 50% sebagai penyelesaian.
Sebagai CEO saya telah memaklumkan kepada plaintif keputusan tersebut. Plaintuf menolak dan peguam juga tidak bersetuju dan saya terus memaklumkan kepada Dato Pengerusi dengan alasan peguam mempunyai keyakinan kes ini tidak akan memihak defendant sebab dokumentasi yang tidak lengkap dan pegawai yang bertanggungjawab tidak lagi dalam perkhidmatan. Ini menyukarkan proses pembelaan. Saya berpendapat recommendation peguam adalah wajar. Tapi Dato Pengerusi menolak recommendation saya dan minta menyertai bicara membela diri.
Ironisnya besok 22/4/2009 (Rabu) peguam telah menghubunginya dan Dato Pengerusi bersetuju pulak dengan penjelasan yang sama. Ada belajar 2 perkara. 1. Penjelasan saya sebagai CEO gagal meyakinkan Dato Pengerusi 2. Kes mahkamah besar seperti ini CEO tak wajar buat recommendation. Let lawyer did.

Friday, March 27, 2009

Mulut Manis Dengan CEO

Pada sesi pagi saya mengadakan mesyuarat dengan semua kakitangan untuk kemaskini Laporan Pengurusan (31/3/2009). Dalam perbincangan saya minta eksekutif kewangan sediakan Laporan Lengkap Profit & Loss 2008 dan laporan Perbelanjaan Jan-Mac 2009. Ini adalah maklumat biasa saya perlukan untuk kemaskini Laporan. Dia janji akan sediakan sebelah petang (sebelum balik).
Tetapi macam yang pernah dibuatnya sebelum ini, dia bergegas je balik bila sampai waktu, tanpa memaklumkan atau minta excuse dari saya. Saya fikir atitude janji atau mulut manis dengan CEO ni hanya mengajar staff berbohong je. Perangai ni memang tidak baik dan menyakitkan hati. Selamba je janji nak siapkan, jangankan nak siap minta tangguh pun tidak. Dia ingat CEO lupa insiden seperti ini.

Tuesday, March 24, 2009

Cuti Sesuka Hati

Hari ini Eksekutif Kewangan saya bercuti. Tapi tak maklumkan kepada saya sebagai CEO. Saya rasa, saya macam tidak dihormati sebagai Ketua Pentadbiran dalam NGO ini (tapi saya selalu anggap saya silap). Selalu sangat macam ni. Walaupun saya mengamalkan sistem pengurusan yang sangat 'flexible' dan selalu percaya pegawai tidak perlu ada tekanan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Apa juga tindak tanduk pegawai saya percaya, ia merupakan pembinaan jati-diri.
Tetapi off-late ini, saya pula mula tertekan apabila arahan saya tidak lagi dijadikan pedoman dan sempadan.
Walaupun cuti kecemasan diperuntukkan atas sebab-sebab seperti banjir dan mala petaka atau sebab tertentu tetapi tindakan bercuti tanpa sebab dan tidak diluluskan serta tidak memaklumkan kepada saya adalah tidak wajar. Tambahan pula saya selalu sebut elakkan bercuti pada hari Isnin, sebab hari Isnin ada mesyuarat TSMT dan penggunaan petty cash diperlukan untuk menguruskan jamuan mesyuarat. Yang menyakitkan hati lagi hari ini adalah tindakan dia bercuti sesuka hati tanpa peraturan dan garis panduan. Macam tidak ada urgency dan responsive kepada kerja. Sudahlah begitu NGO yang saya pimpin perlui mengemaskini laporan prestasi kewangan 2001-2008 dan perlu dibentangkan kepada kementerian pada hari Khamis 26/3/2009.
Tension saya.

Thursday, February 5, 2009

Miscommunication or no-communication

2 orang eksekutif saya mendapat arahan direct dari Dato Pengerusi supaya hadir dalam majlis CIMB Care di Damansara (majlis bermula jam 9.30 pagi). Tanpa memaklumkan kepada saya sebagai CEO, mereka terus hadir ke majlis tapi lewat sampai. Bagi saya sikap tidak memaklumkan kepada CEO bila mendapat arahan termasuk Dato Pengerusi adalah tidak wajar. Sebagai CEO wajar tahu ke mana pergi staff walaupun urusan resmi. Tapi no-communication juga akan menyebabkan mis-comuncation.
Pada masa yang sama saya juga diarahkan oleh ahli lembaga lain. Patut ke saya beritahu pengerusi? Saya fikir saya patut gunakan disretion untuk terus memenuhi arahan sms yang juga c.c kepada Dato Pengerusi. Jadi saya terus ke lokasi program pada masa yang ditetapkan.
Ada 2 cerita. 1. Ada 2 arahan oleh 2 orang yang berbeza - yang menyebabkan mis-communication 2. Mereka dapat arahan Pengerusi dan tak maklum kepada CEO, tapi mereka lewat (10.30am) iaitu selepas program tamat dan saya sudah balik. Malah yang lebih teruk lagi dari jam 10.30 pagi mereka sampai ke lokasi, mereka hanya balik kepejabat selepas 2.00 petang.(macam biasa memonteng atas urusan peribadi - ponteng) - no communication

Monday, January 19, 2009

Tukang Masak

Hari ini macam biasa. Tengahari tadi jam 1.00 tgh saya pergi makan. Begitu juga dengan staff lain semua pergi makan. Tapi ada satu macam perangai dia orang ni. Bila keluar pejabat tak tutup gate. Memadai tutup pintu. Jadi kawasan pejabat accessible oleh awam. Lepas balik pejabat lewat. Kadang2 sampai 3.00 ptg. Saya anggap mereka bukan tak hormat saya tapi tak malu.
Nasib tak baik Dato Pengerusi singgah pejabat. Ada beberapa observation darinya yang diterjemahkan dalam smsnya kepada saya. 1) Kenapa gate tak kunci. Senario ini menunjukkan kakitangan tidak bertanggungjawab dengan keselamatan pejabat. Memang saya setuju. Selalu macam tu 2) Kenapa tak ada orang di pejabat. Pejabat mesti sentiasa ada orang supaya sebarang pertanyaan dapat diberi perhatian. Saya pun setuju.
Jadi saya jawab sms tu. Kebetulan hari itu 2 orang cuti. Saya dan seorang staff (lelaki) pergi lunch. Tinggal 3 orang. Seorang despatch lunch time masih bertugas kononnya. Ada 2 orang perempuan pun pergi makan.
Dia reply sms saya. Kalau perlu waktu makan mesti ikut jadual. Saya akur. Jadi bila balik pejabat saya pun jadual makan. (A) 12.00 tgh - 1.00 tgh. Saya masuk dalam kumpulan A (B) 1.00 tgh - 2.00 ptg. Tapi macam biasa yang kumpulan (B) jarang-jarang balik pukul 2.00 petang.
Tapi satu lagi saya tidak buat tindakan sampai sekarang. Iaitu jika perlu dia suruh saya cari tukang masak, supaya semua orang makan di pejabat. . . Yang ini sampai sekarang saya masih keliru.

CEO vs Driver

Ada 3 signboard yang menunjukkan arah lokasi pejabat saya. Walau bagaimana pun suatu kemalangan telah berlaku yang menyebabkan tiang salah satu signboard tersebut bengkok. Selaku CEO saya telah mengambil tindakan sewajarnya. Dato Pengerusi pun mengingatkan supaya saya mengambil tindakan segera. Selaku Pengerusi saya wajar diingatkan sedemikian.
Tetapi yang tidak wajarnya hari ini pemandu mengatakan tiada sebarang tindakan diambil. Saya dah jelaskan bahawa tiang signboard telah dibaikki. Pemandu masih bertegas mengatakan dia lihat tiang signboard masih bengkok. Mungkin dia merasakan perbualan antara CEO dan Pengerusi bukan tatacara pengurusan tetapi sembang kosong macam dia. Tanpa disuruh dia memandu ke arah signboard. Saya hanya merasakan dia ingin membuktikan saya berbohong atau dia tidak berhati-hati dengan pengamatannya yang mengatakan signboard belum dibaikki. Akhirnya terbukti sebenarnya signboard telah dibaikki.
Sebagai CEO saya belajar 3 pekara (1) Pemandu dengan CEO adalah sama pada mentality pemandu (2) Dia ingat CEO ni macam dia, tidak accountable (3) Bila bercakap dengan sesetengah driver jangan jadi CEO tapi jadilah driver atau yang setaraf dengannya.
Saya rasa sangat malu dan insulted bila diperlaku seperti itu. Sejak insiden tersebut hilang hormat saya sebagai manusia biasa dengan driver ini.