Hari ini ada program kesihatan di Kg Orang Asli Ulu Serendah di Serendah. Program sangat meriah di mana hampir semua ahli isi rumah orang asli mengambil bahagian tapi bukan program kesihatan tetapi acara sukan rakyat dan pertandingan karaoke.
Semasa urusan pembayaran kos makanan dan program, sebagai CEO saya telah dikemukakan dengan tuntutan tambahan kos dalam penyediaan makanan. Atas sifat saya sebagai CEO saya telah meluluskan tambahan kos pengangkutan mambawa makanan dari Ampang sebanyak RM200.00.
Tetapi semasa majlis hampir tamat pegawai saya telah memaklumkan kepada Pengerusi Program (Ahli Lembaga) perkara tersebut. Secara spontan mungkin tidak berniat mempertikaikan kuasa saya, dia bertanya kenapa tak beritahu dia. (masa tu apa yang saya faham dengan kenyataan dia adalah kenapa tak minta kebenaran dia - tapi saya silap)
Terkejut saya. Sebagai CEO pun saya tak boleh luluskan RM200.00 ?
Sebenarnya bukan itu maksud dia, pegawai saya yang silap kerana beritahu dia.