Monday, January 19, 2009

CEO vs Driver

Ada 3 signboard yang menunjukkan arah lokasi pejabat saya. Walau bagaimana pun suatu kemalangan telah berlaku yang menyebabkan tiang salah satu signboard tersebut bengkok. Selaku CEO saya telah mengambil tindakan sewajarnya. Dato Pengerusi pun mengingatkan supaya saya mengambil tindakan segera. Selaku Pengerusi saya wajar diingatkan sedemikian.
Tetapi yang tidak wajarnya hari ini pemandu mengatakan tiada sebarang tindakan diambil. Saya dah jelaskan bahawa tiang signboard telah dibaikki. Pemandu masih bertegas mengatakan dia lihat tiang signboard masih bengkok. Mungkin dia merasakan perbualan antara CEO dan Pengerusi bukan tatacara pengurusan tetapi sembang kosong macam dia. Tanpa disuruh dia memandu ke arah signboard. Saya hanya merasakan dia ingin membuktikan saya berbohong atau dia tidak berhati-hati dengan pengamatannya yang mengatakan signboard belum dibaikki. Akhirnya terbukti sebenarnya signboard telah dibaikki.
Sebagai CEO saya belajar 3 pekara (1) Pemandu dengan CEO adalah sama pada mentality pemandu (2) Dia ingat CEO ni macam dia, tidak accountable (3) Bila bercakap dengan sesetengah driver jangan jadi CEO tapi jadilah driver atau yang setaraf dengannya.
Saya rasa sangat malu dan insulted bila diperlaku seperti itu. Sejak insiden tersebut hilang hormat saya sebagai manusia biasa dengan driver ini.