Hari ini macam biasa. Tengahari tadi jam 1.00 tgh saya pergi makan. Begitu juga dengan staff lain semua pergi makan. Tapi ada satu macam perangai dia orang ni. Bila keluar pejabat tak tutup gate. Memadai tutup pintu. Jadi kawasan pejabat accessible oleh awam. Lepas balik pejabat lewat. Kadang2 sampai 3.00 ptg. Saya anggap mereka bukan tak hormat saya tapi tak malu.
Nasib tak baik Dato Pengerusi singgah pejabat. Ada beberapa observation darinya yang diterjemahkan dalam smsnya kepada saya. 1) Kenapa gate tak kunci. Senario ini menunjukkan kakitangan tidak bertanggungjawab dengan keselamatan pejabat. Memang saya setuju. Selalu macam tu 2) Kenapa tak ada orang di pejabat. Pejabat mesti sentiasa ada orang supaya sebarang pertanyaan dapat diberi perhatian. Saya pun setuju.
Jadi saya jawab sms tu. Kebetulan hari itu 2 orang cuti. Saya dan seorang staff (lelaki) pergi lunch. Tinggal 3 orang. Seorang despatch lunch time masih bertugas kononnya. Ada 2 orang perempuan pun pergi makan.
Dia reply sms saya. Kalau perlu waktu makan mesti ikut jadual. Saya akur. Jadi bila balik pejabat saya pun jadual makan. (A) 12.00 tgh - 1.00 tgh. Saya masuk dalam kumpulan A (B) 1.00 tgh - 2.00 ptg. Tapi macam biasa yang kumpulan (B) jarang-jarang balik pukul 2.00 petang.
Tapi satu lagi saya tidak buat tindakan sampai sekarang. Iaitu jika perlu dia suruh saya cari tukang masak, supaya semua orang makan di pejabat. . . Yang ini sampai sekarang saya masih keliru.