Tuesday, March 24, 2009

Cuti Sesuka Hati

Hari ini Eksekutif Kewangan saya bercuti. Tapi tak maklumkan kepada saya sebagai CEO. Saya rasa, saya macam tidak dihormati sebagai Ketua Pentadbiran dalam NGO ini (tapi saya selalu anggap saya silap). Selalu sangat macam ni. Walaupun saya mengamalkan sistem pengurusan yang sangat 'flexible' dan selalu percaya pegawai tidak perlu ada tekanan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Apa juga tindak tanduk pegawai saya percaya, ia merupakan pembinaan jati-diri.
Tetapi off-late ini, saya pula mula tertekan apabila arahan saya tidak lagi dijadikan pedoman dan sempadan.
Walaupun cuti kecemasan diperuntukkan atas sebab-sebab seperti banjir dan mala petaka atau sebab tertentu tetapi tindakan bercuti tanpa sebab dan tidak diluluskan serta tidak memaklumkan kepada saya adalah tidak wajar. Tambahan pula saya selalu sebut elakkan bercuti pada hari Isnin, sebab hari Isnin ada mesyuarat TSMT dan penggunaan petty cash diperlukan untuk menguruskan jamuan mesyuarat. Yang menyakitkan hati lagi hari ini adalah tindakan dia bercuti sesuka hati tanpa peraturan dan garis panduan. Macam tidak ada urgency dan responsive kepada kerja. Sudahlah begitu NGO yang saya pimpin perlui mengemaskini laporan prestasi kewangan 2001-2008 dan perlu dibentangkan kepada kementerian pada hari Khamis 26/3/2009.
Tension saya.