Pada sesi pagi saya mengadakan mesyuarat dengan semua kakitangan untuk kemaskini Laporan Pengurusan (31/3/2009). Dalam perbincangan saya minta eksekutif kewangan sediakan Laporan Lengkap Profit & Loss 2008 dan laporan Perbelanjaan Jan-Mac 2009. Ini adalah maklumat biasa saya perlukan untuk kemaskini Laporan. Dia janji akan sediakan sebelah petang (sebelum balik).
Tetapi macam yang pernah dibuatnya sebelum ini, dia bergegas je balik bila sampai waktu, tanpa memaklumkan atau minta excuse dari saya. Saya fikir atitude janji atau mulut manis dengan CEO ni hanya mengajar staff berbohong je. Perangai ni memang tidak baik dan menyakitkan hati. Selamba je janji nak siapkan, jangankan nak siap minta tangguh pun tidak. Dia ingat CEO lupa insiden seperti ini.