Program tersebut berakhir jam 2.00 petang tadi selepas majlis penutup oleh Dato Pengerusi saya. Saya pun terus balik bersama eksekutif saya. Dalam perjalanan dia hanya minta saya hanya hantar ke stesen LRT berhampiran pejabat supaya dia boleh balik naik LRT. Saya fikir ia akan mengambil masa tambahan tidak kurang 1.5 jam untuk dia sampai ke rumah jika saya ikut cadangan dia. Saya dapat rasakan kesusahannya untuk dia sampai rumah. Jadi saya cadangkan dia ambil kereta pejabat. Dia menolak mungkin segan atau mungkin tidak suka ambil kesempatan (berbeza dengan pegawai saya seorang lagi tu). Prinsip tidak menyalahguna kemudahan atau kereta pejabat untuk kegunaan peribadi mungkin pegangannya.
Saya teruja dengan pendirian dia. Disebabkan pendirian yang baik itu, saya ambil keputusan hantar dia ke rumah (Gombak) yang menyebabkan saya terlewat 1.5 jam untuk sampai ke rumah. Tapi saya singgah dan ziarah emak dan kawan saya kat Gombak.
Susah nak berdepan situasi seperti ini, seorang yang tidak mahu mengambil kesempatan untuk kesenangan diri. Walaupun menggunakan kereta pejabat itu wajar sebab balik dari program rasmi dia masih ada pilihan. Pilihan dia adalah naik LRT. Saya harap saya akan dapat ramai pegawai macam dia ni.