Wednesday, April 22, 2009

Recommendation

Mesyuarat lembaga pada 21/4/2009 (Selasa) memutuskan tuntutan saman Gerimis Mutiara Sdn Bhd sebanyak RM38,000 diselesaikan secara luar mahkamah dengan bayaran 50% sebagai penyelesaian.
Sebagai CEO saya telah memaklumkan kepada plaintif keputusan tersebut. Plaintuf menolak dan peguam juga tidak bersetuju dan saya terus memaklumkan kepada Dato Pengerusi dengan alasan peguam mempunyai keyakinan kes ini tidak akan memihak defendant sebab dokumentasi yang tidak lengkap dan pegawai yang bertanggungjawab tidak lagi dalam perkhidmatan. Ini menyukarkan proses pembelaan. Saya berpendapat recommendation peguam adalah wajar. Tapi Dato Pengerusi menolak recommendation saya dan minta menyertai bicara membela diri.
Ironisnya besok 22/4/2009 (Rabu) peguam telah menghubunginya dan Dato Pengerusi bersetuju pulak dengan penjelasan yang sama. Ada belajar 2 perkara. 1. Penjelasan saya sebagai CEO gagal meyakinkan Dato Pengerusi 2. Kes mahkamah besar seperti ini CEO tak wajar buat recommendation. Let lawyer did.