Friday, April 24, 2009

Keraian CEO (Memangku)

Saya bercuti. Beberapa orang pegawai telah menyediakan kertas kerja untuk ahli lembaga dan seramai 4 orang terpaksa bertugas hingga lewat petang. Oleh kerana CEO bercuti, eksekutif kewangan telah membuat keputusan sendiri kerana merasakan dia berhak bertindak sebagai CEO. Dia buat keputusan membeli pizza dengan harga RM120.00 untuk 4 orang yang kerja lewat petang.
Besoknya saya detected dalam petty cash claim. Saya tanya apa kuasa dia membuat keputusan membeli atau berbelanja menggunakan duit pejabat untuk keraian sebanyak itu? Saya telah menasihatkan itu adalah kali terakhir kecuali mendapat kelulusan saya atau ALPA terlebih dulu.
Selama saya 10 tahun sebagai CEO claim keraian saya RM20-RM40 je kecuali diarahkan Dato belanja makan tetamu. Tapi tak lebih RM100.00
Tetapi bila ada orang merasakan dia sedang merasa acting CEO, lain macam pulak lagaknya