Wednesday, December 9, 2009

CEO, PR

Hari ini saya pergi melayan TV Selangor.com buat liputan program yayasan. Ini semua kerja PR, tapi CEO yang kena buat. Sebab Dato Pengerusi sendiri mahu CEO yang uruskan dan turut bersama dengan aktiviti liputan. Saya pun tak tahu kenapa.
Mula-mula dia interview saya di pejabat, tak ada masalah bagi saya. Lepas tu layan dia orang buat liputan kisah 2 keluarga miskin di Bukit Sentosa. Ini yang tak berapa saya suka. Orang tu ditemuduga itu meluahkan kesusahan kepada agensi yang hanya buat liputan berita. Tapi saya berikan sumbangan makanan dan wang ringgit sebagai tanda penghargaan dan simpati yayasan. Malah salah seorang anak keluarga saya tawarkan ke asrama.
Lepas pun melawat asrama dan rakam suasana asrama dan temuduga Pengetua Asrama. Kesihan CEO, kena layan buat kerja macam ini sedangkan ada 2 orang pegawai yang patut buat kerja PR ini. Malah temujanji berkenaan pinjaman rumah kedai yang saya rancang pada hari ini, terpaksa dibatalkan.