Monday, December 7, 2009

Road-show

Hari ini pagi2 saya ke Sabak Bernam untuk road-show dan temuduga kemasukan pelajar asrama yayasan. Sebelum ini eksekutif saya telah menghantar surat tawaran kepada semua sekolah rendah di Selangor dan 5% sekolah luar bandar luar Selangor (tidak termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan). Malangnya sehingga tarikh tutup 15hb Nov saya hanya menerima 150 permohonan.
Sebenarnya bilangan permohonan sebanyak itu, tidak memberansangkan. Sebab selepas hampir 20 tahun asrama beroperasi permohonan hanya banyak itu. Sebagai CEO saya buat analisa kenapa berlaku sedemikian. Saya ada 2 jawapan. 1. Asrama yayasan gagal menarik minat dan perhatian orang 2. Usaha pemasaran yang tidak berkesan. Tapi saya lebih suka conservartive dan rasa alasan 2 lebih munasabah.
Jadi saya kena buat usaha pemasaran atau road-show. Oleh kerana tiada pegawai yang bertanggungjawab seperti PR dan juga kesuntukan masa, CEOlah yang kena buat sendiri (3 tempat pula). Akhirnya saya menerima lebih 100 permohonan dari penduduk sekitar kawasan-kawasan tersebut. Tapi saya pergi dengan eksekutif aset (tak ada pegawai). Tapi saya bernasib baik sebab dibantu oleh bekas kakitangan dan sukarelawan tempatan. Namun demikian saya betul2 'exhausted' sebab pukul 8.00 pagi keluar dari rumah drive ke Sabak Bernam, buat road-show 3 tempat, drive balik dan sampai rumah jam 11.00 mlm. Pegawai saya dah tentu sampai rumah jam 12.00 malam.
Jadi kemasukan tahun 2011 road-show seperti ini akan saya laksanakan dengan lebih terancang untuk lebih banyak vanue oleh lebih ramai pegawai supaya lebih ramai orang tahu tentang tawaran kemasukan asrama untuk pelajar miskin ini dan akhirnya lebih banyak permohonan diterima.