Hari ini dari pagi sampai kini benak fikiran saya terganggu pasal urusan pinjaman pembelian ruang pejabat yang masih belum selesai. Selaku CEO saya runsing sebab kegagalan saya menguruskan urusan pinjaman ruang pejabat bertepatan masanya akan hanya menyebabkan yayasan dikenakan denda atau faedah oleh pihak pemaju.
1.Perbincangan pasal pembelian ruang pejabat ini dipimpin oleh seorang Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan dibincang dengan jelas termasuk cadangan pengurusan, beberapa siri perbincangan dengan pihak bank. Beliau meminta pihak bank mempertimbangkan supaya yayasan dikenakan kadar faedah khas sesuai sebagai NGO. Tapi masih kini masih tidak ada jawapan positif dari pihak bank. Saya rasa beliau patut bawa isu ini kepada Pengerusi samada yayasan terus tunggu kadar khas atau setuju dengan kadar conventional dari pihak bank. Takkan saya nak mendahului beliau sebab ia sesuatu yang tidak beretika. Lagipun dia kata dalam mesyuarat dia nak tanya pandangan Pengerusi.
2. Pihak pemaju terus call saya dan mendesak supaya urusan pinjaman perlu disegerakan bagi mengelakkan yayasan dikenakan faedah lewat membayar bayaran kemajuan.
3. Saya pula diarahkan ke Medan untuk urusan rasmi dan balik Rabu minggu depan sedangkan pegawai yang bertugas bercuti minggu depan juga balik hari Rabu. FENING SAYA !
Saya bertekad, hari Rabu saya mesti selesaikan masalah pinjaman ini.