Tuesday, May 12, 2009

Laporan Cuti & Punch Card

Hari ini saya bincang kemajuan laporan punch card dengan Eksekutif Pentadbiran saya. Walaupun dia baru 3 bulan kerja, laporan ini adalah laporan keduanya. Sebelum ini, pegawai yang bertanggungjawab sebelum dia tolong siapkan. Sebagai Eksekutif Pentadbiran semua urusan perlantikan, cuti dan pentadbiran memang saya minta dia sediakan. Termasuk laporan cuti dan punch card.
Ada 2 cerita. Pertama semasa berbincang dengan saya sebagai CEO, dia boleh berbincang dengan orang lain pasal perkara lain di depan saya. Kelakar budak ni. Walaupun pasal kerja tapi takkan sedang berbincang dengan saya. Ke 2 laporan cuti dan opunch card sehingga 31/4/2009 tak siap. Walhal ada 7 orang je kakitangan NGO ni. Bukan susah sangat kira cuti yang diambil dan baki cuti setiap kakitangan. Kalau saya yang kira, not more than 5 minutes for sure. Saya kata minta dia siapkan petang nanti.
Sampai petang dia buat bodoh je. Ada 3 kemungkinan. 1. Dia tak dengar dan tak hairan dengan arahan saya dan 2. Dia memang tak segan dengan saya 3. Dia ingat saya lupa dan dia cerdik.
Lepas tu saya siapkan laporan pengurusan tanpa laporan cuti yang dikemaskini. Saya suruh dia buat salinan untuk makluman lembaga dan semua kakitangan. Yang hairannya, dia pun tak tanya tanya atau cuba nak explain kenapa laporan dia tak siap. Saya mula tak berkenan dengan budak ni.
Tapi akhirnya dia kemukakan laporan pada 18/5/2009.