2 hari lepas (Isnin) saya mengadakan perbincangan dengan Eksekutif Aset dan Eksekutif Kewangan pasal Laporan Pengurusan. Setelah mengemaskini beberapa perkara saya minta Eksekutif Kewangan sediakan Laporan Perbelanjaan dan Pendapatan sehingga 31/4/2009 secepat mungkin. Sebab pertama saya nak kemaskini laporan prestasi kewangan pasal beberapa perkara seperti Asrama Kasih, KUNTUM. Kedua saya perlu attached Laporan Kewangan Bulanan dalam Laporan Pengurusan Mei 2009 saya. Tapi sehingga semalam jam 5.00 petang dia buat selamba je. Akhirnya hari ini saya prepare Laporan Pengurusan Mei 2009 dengan laporan kewangan sehingga 31/3/2009. Bila saya edarkan laporan pengurusan kepada semua kakitangan dan Lembaga, dia buat macam tak ada apa2 dan pun tak nak explain kenapa laporan kewangan tidak dikemaskini seperti yang dilaporkannya.
Dia ingat saya lupa atau dia tak peduli dengan CEO dia