Thursday, May 28, 2009

Cuti atau Time Off

Pagi tadi saya ada program Kelab Warga Emas Seksyen 24 Shah Alam iaitu taklimat pasal Progam Sinar Kasih Ramadhan 1430H. Macam biasa, semua staff hadir bantu apa yang patut. Ada seorang staff saya, datang sendirian tapi lewat dari yang lain. Nampak macam tak sihat tapi dia memang 'semendang' nampak tak sihat. Bila selesai program saya terus balik ke pejabat. Yang lain macam biasa lepas 2.00 ptg baru masuk pejabat. Walaupun pukul 11.30 program habis.
Tapi dia tak ada. Bila saya perlukan dia untuk bantu saya prepare document KKLW pukul 2.30 ptg, orang lain jawab telefon dia dan mengatakan dia tak ada. Saya tanya mana dia? Dia kata dia tak tahu. Eh cuti ke time-off budak ni. Dia jarang cuti suka hati tapi emergency leave tak pernah beritahu saya. Ikut suka dia je. Tapi hari ini emergency ke
Saya pun hairan kalau cuti kenapa tak beritahu saya. Kalau time-off pun dia patut beritahu saya.