Wednesday, May 27, 2009

Kontrak Perkhidmatan

Hari ini saya bersembang dengan seorang arkitek yang biasa berurusan dengan pejabat saya. Kami berbincang pelbagai tajuk dan isu. Salah satu daripadanya adalah tentang seorang kakitangan saya. Tapi telah ditamatkan perkhidmatan atas dasar pejabat perlu mengecilkan saiz kakitangan.
Bagi saya, dia seorang yang jujur dan amanah dalam tugasnya. Cuma disebabkan masalah komunikasi dia gagal memafami kehendak CEO dan saya juga tidak dapat membaca kelemahannya. Tapi sejak dia tidak lagi berkhidmat dengan saya, tiada siapa pun yang tahu di mana dia. Ada yang berkata dia merupakan orang yang tak ingat kawan. Itu sebab dia tak pernah cari kawan-kawan lamanya.
Tapi saya ingat dia hanya merupakan bekas kakitangan. Dia merupakan seorang kakitangan selagi dia ada kontrak perkhidmatan dengan saya. Sekarang kontrak perkhidmatan telah ditamatkan. Dan sepanjang dia berkhidmat dengan CEO, saya mungkin tidak pernah berusaha membina ikatan persahabatan dengan dia. Jadi lepas dia diberhentikan dia rasa dia tidak ada urusan dengan CEO dia sebab kontrak perkhidmatan sudah ditamatkan.
Tapi kadang-kadang saya teringat kerenah dia.