Dalam pengurusan saya, ada satu aktiviti yang saya namakan arkib foto. Pegawai yang bertanggungjawab merupakan seorang yang senior. Kenapa yang senior? Sebab dia melibatkan kepentingan pusat sumber, media conversional dan ICT maupun artikel atau images.Secara theory aktiviti media conversional macam penerbitan majalah akan menjadi senang bila arkib gambar disimpan mengikut stratification yang diputuskan. Pembangunan media ICT pula seperti kit taklimat mudah sebab image disimpan secara sistematik sangat membantu. Begitu juga pembangunan portal menjadi mudah bila gambar yang berkaitan dengan berita web tersebut mudah diperolehi. Malah sesiapa sahaja hendak mendapatkan compilation arkib foto, kerja akan menjadi mudah dengan adanya arkib foto ini.
Malangnya arkib gambar ni benar-benar jadi arkib atau bahan sejarah je. Ia kerap tidak dapat digunakan khususya untuk berita laman web. Selepas sesuatu program saya terus mengarang berita dan upload dalam portal. Tapi gambar yang dirakam selalu lambat disimpan dalam arkib foto di komputer backup menyebabkan berita laman web selalu tak ada gambar. Dia tafsir yang arkib je bukan foto. Apatah lagi pengertian dan tujuan arkib foto