Wednesday, June 10, 2009

Diarah Balik

Pada 6/6/2009 saya bertolak ke Kangar untuk aktiviti rakaman dokumentari kemiskinan. Saya memaklumkan kepada Dato Pengerusi rancangan saya untuk menyertai bersama dengan 2 orang kakitangan merancang dan melaksanakan aktiviti rakaman tersebut pada 7-10/6/2009 bersama krew yang telah dilantik.
Program dokumentari tentang kemiskinan profile terpilih seluruh Semananjung merupakan program yang mendapat persetujuan Dato Pengerusi dalam notis dalam tempuh 5 hari. Program ini bertujuan memaparkan kemiskinan dan ketabahan sesebuah keluarga mengharungi kesusahan hidup dan pada masa yang sama yayasan cuba membantu sekadar yang mampu.
Kedatangan saya adalah bersama isteri dan 2 orang anak. Kenapa ? sebab sebagai ganti rugi rancangan bercuti yang terpaksa saya batalkan disebabkan tugasan rakaman dokumentari ini.
Aktiviti rakaman 1 dan 2 di sekitar Kangar, Perlis pada 7/6/2009 berjalan dengan baik. Selepas rakaman yang ke 3 iaitu di Kuala Ketil Baling pada 8/6/2009 dan sebelum berangkat ke Alor Star untuk rakaman yang ke 4 pada 9/6/2009, kereta saya mengalami kerosakan automatic gear. Oleh kerana masa tu sudah pukul 6.30 ptg saya tangguhkan penyertaan saya di Alor Star dan meminta rakan-rakan lain meneruskan.
Besoknya 9/6/2009 saya saya ke bengkel kereta di Baling dan kerosakan dibakki selepas 12.30 tgh. Malangnya saya menerima sms dari ahli lembaga yang menyatakan ketidakpuasan hatinya kerana saya tidak berada di rakaman yang ke 4. Beliau menasihatkan supaya saya balik kerana gagal berada di tapak rakaman dan diganggu dengan masalah keluarga yang turut serta.
Walaupun saya bercadang untuk menyertai di rakaman yang ke 5 di Pulau Pinang tetapi saya membuat keputusan balik dan bekerja besok sebab diarah balik.