Tuesday, June 2, 2009

Produktiviti

Apa dia produktiviti ? Saya masih ingat dengan artikel Tan Sri Musa Hitam dalam tahun 70an dalam sebuah akhbar versi Melayu. Samada dia menulis atau ditemuramah saya tidak ingat. Tapi isu yang diperkatakan adalah tentang produktiviti.
Tan Sri Musa Hitam cuba nak menerangkan apa yang dikatakan tentang produktiviti dalam versi yang sangat mudah difahami. Oleh kerana masa itu saya dalam Tingkatan 6, tajuk produktiviti menarik minat saya membaca. Dan sampai sekarang ingat.
Tan Sri Musa Hitam kata, produktiviti adalah output berbanding dengan input atau kita jangan membazir. Kalau dalam perniagaan modal berbanding dengan keuntungan, kalau dalam dalam keluarga perbelanjaan berbanding pendapatan isi rumah. Peribahasa Melayu pun ada sebut jangan besar kerak dari nasinya atau jika pakai baju ukur badan dulu. Sebenarnya dalam budaya orang Melayu produktiviti adalah suatu nilai yang tidak pernah diabaikan. Cuma ia tidak disebut atau dibincangkan secara akademik.
Begitu juga dalam pengurusan pejabat. Produktiviti adalah output berbanding input. Apa output atau inputnya. Pengurusan kalau meletakkan output sebagai KPI maka input mesti diambil kira.
Tapi yang jelas antara input adalah gaji pekerja dan kos utiliti pejabat.
Dalam pengurusan, saya sering menekankan supaya kos input hendaklah diminimumkan. Maknanya bilangan kakitangan yang optimum, penggunaan lampu dan aircond yang bijaksana. Kalau digunakan bilik hanya 2 jam kenapa biarkan pasang aircond 9.00 am - 5.00 pm. Bukankah itu membazir namanya.
Malangnya kadang-kadang atau segelintir staff saya, mereka selalu tak peduli. Saya tak nak bincang kenapa. Tapi saya sedih dan tak kuasa lagi nak ingatkan kecuali switch-off sendiri mana-mana lampu dan air-cond yang saya fikir membazir atau mengurangkan produktiviti. Saya yakin niat saya melakukan sesuatu untuk mengurangkan pembaziran dan dihisab sebagai suatu ibadat Allah Maha Mengetahui. Mengurangkan pembaziran juga meningkatkan produktiviti dan amalan ibadat