Hari ini saya teringat staff saya yang uruskan semua hal-ehwal ICT. Semua aktiviti penyelenggaraan portal diuruskan oleh Eksekutif ICT saya. Walaupun berita dan portal kadang-kadang tidak dikemaskini bertepatan masa tetapi pembangunan ICT dikendali oleh seorang eksekutif di bawah penyeliaan saya sebagai CEO. Yang menariknya, walaupun dia bertanggungjawab sebagai webmaster namun urusan sosio-ekonomi juga dibantunya. Oleh itu selaku CEO saya juga turut membantu dia dalam kerja penyelengaraan portal. Kerja dalam NGO bukan boleh berkira sangat.Namun demikian, disebabkan kepentingan kerjayanya dalam ICT, dia meletakkan jawatan dan menyertai sektor swasta
Nasib baik saya tahu serba sedikit pasal ICT samada pembangunan virtual ini, portal dan multimedia. Kalau tidak, susah saya. Sebagai CEO,kita tidak hanya tahu 'managing the people'. Jadi oleh kerana tidak ada orang yang bertanggungjawab mengemaskini portal saya buat arahan supaya ada orang yang kemaskini image dan ada yang prepare berita dan memadailah saya upload ke alam virtual ini. Namun kebelakangan ini saya dah jadi webmaster, (1) capture images (handset) (2) prepare news dan (3) upload ke server. Malah ahli lembaga yang tanya saya, samada sesuatu berita dah update ke belum.
Staff lain nampaknya macam biasa dengan alasan tak sempat dan tak tahu. Walaupun saya selalu pesan, belajar dan memiliki 'technical know-how' tidak akan merugikan sama sekali. Sebab biar CEO jadi webmaster jangan webmaster jadi CEO.