Pagi tadi saya kelam kabut sikit dengan PC saya yang baru diformat. Dulu masa ada eksekutif ICT, dia akan uruskan semua. Sekarang dia dah tak ada. Saya kena buat sendiri; hantar kedai untuk reformat dan reconfigure setting sendiri. Antaranya printer dan networking setting dan beberapa program dan 'driver' yang perlu install semula. Saya pun sms bekas eksekutif ICT saya dengan 1 soalan sahaja. Soalan saya macam nak access networking. Tapi eksekutif ICT saya ni bukan sahaja bekas pegawai saya, tetapi dia juga kawan saya. Walaupun dia tidak lagi bertugas dengan saya dia sangat responsive dan tahu menilai kawan. Ini yang dikatakan 'emotional quotient' atau suara hati membantu sesama manusia tak kira pangkat. Selang 2 minit saja dia bagi 3 solution dalam 2 sms dan 1 e-mail. Selesai masalah saya.
Sebenarnya kalau seseorang itu faham, dia tak perlu ikatan formal untuk menolong orang. Seperti yang saya selalu sebut dengan staff saya kita menolong orang adalah kerana 'emotional quotient' bukan sebab dia boss kita atau ada muslihat lain (kena ikhlas). Atau kita bukan berkawan dengan pangkatnya. Kita berkawan kerana 'hablum minannas' Bila kita tolong orang kita akan rasa senang. Kalau ada orang yang tolong orang tapi rasa susah hati, maka dia bukan orang.

Situasi ini sangat berbeza dalam suatu insiden bulan lepas, bila saya baru nak tanya seseorang di pejabat saya (she was not offically my staff), tapi dia dah jawab. 'sekarang saya sibuk! saya tak ada masa' . . sejak tu saya tak nak tanya apa2. Tapi baru ni dia jumpa saya (CEO) hanya nak tanya no telefon, walaupun dia boleh tanya dengan staff saya. Saya jawab dan layan dengan baik.