Pagi tadi, ada satu lagi perangai PA Dato Pengerusi saya. Pagi2 dia dah beritahu saya pasal Dato suruh dia bincang dengan saya pasal kit ceramah Dato. Memang saya tak suka cara dia beritahu saya. Macam mengada-ngada sikit dan dibuat saya macam sama dengan dia.
Bila saya baca tajuk ceramah saya tak faham. Saya tanya. Dia pun tak faham. Saya suruh dia call dan tanya pegawai yang jemput Dato, apa yang dia hendak.
Dia kata, pegawai tu sedang meeting dan akan call dia. Saya pun terfikir siapa dia yang orang tu nak call dia balik. Tengahari macam biasa dia keluar. Saya tanya dah call ? Dia jawab lagi, pegawai akan call dia.
Pukul 3.40 petang baru dia masuk pejabat (sebab Dato tak ada). Lepas tu 4.45 petang makan nasi. Saya pun tanya dia, dah call pegawai tu ke belum. Dia pun jawab dengan saya, macam bercakap dengan office boy (sambil makan). Dato tak jadi beri ceramah.
Tersentak saya. Sekali lagi saya sakit hati dengan dia. 1) Dia patut beritahu saya . . sebaik sahaja dia tahu Dato tak jadi beri ceramah, janganlah sampai saya tanya. Jadi saya tak perlu risau dengan kemajuan kerja yang saya arahkan 2) Saya dah prepare kit ceramah Dato berdasarkan kajian saya. Saya habis 2 jam untuk siapkan kit ceramah Dato sebab tengok dia tak buat apa pun, selamba je dan balik pejabat lewat sangat. Rupa2 nya Dato tak jadi bagi ceramah.
Saya memang tak minat dengan cara dia bekerja dengan CEO (saya).