Thursday, June 11, 2009

Webmaster Gagal

Pagi2 lagi saya dimaklumkan oleh pegawai saya, Dato memintanya supaya mengkaji semula konsep portal yayasan. Kononnya portal yayasan agak sejuk apabila penyampaian berita tidak menarik dan tiada ciri interactive. Saya setuju. Tapi yang tidak setuju pegawai saya tu pun tak terlibat lansung dalam penyelenggaran portal yayasan tu. Dia yang sepatutnya menyediakan berita dan gambar pun gagal disempurnakan dengan baik. Selalunya saya buat sendiri sebab tidak bertepatan masanya
Pengredan prestasi sesuatu kerja harus dinilai kepada konsep asal program (portal) itu sendiri. Konsep asal portal ini adalah liputan aktiviti (berita) dan capaian makluman asas yayasan. Saya dah cuba sebaik mungkin buat liputan berita dan artikel yayasan dan bertepatan dengan masa seboleh mungkin. Setakat ini walaupun tidak ada pegawai khusus yang bertanggungjawab, berita laman web dikemaskini oleh CEO sendiri dengan konsep di atas.
Tetapi ia telah menarik perhatian dan tidak memuaskan hati Dato Pengerusi sendiri. Saya pun berbincang dengan pegawai apa yang Dato mahukan ? Dia kata dia pun tak faham. Tetapi yang jelas webmaster gagal mengurus dan menyelenggara portal yayasan dengan baik. Saya pun terfikir, susah jugak jadi webmaster ni.