Thursday, June 4, 2009

Keputusan CEO

Bila saya (CEO) buat keputusan saya selalu mengambil kira input dan output. Apa inputnya ? Sudah tentu kemampuan kewangan dan kebolehupayaan pegawai yang melaksanakan dengan penuh objektif.
Apa outputnya ? Sebenarnya tak perlu banyak sangat. Ia perlu jelas dan realisitic. Matlamat yang terlalu abstract atau bergantung kepada banyak parameter patut dielakkan. Jadi, jika saya buat keputusan ia mesti boleh illustrasikan dan diyakinkan flow atau prosesnya.
Tadi saya buat keputusan tentang program melawat dan merakam keluarga terpilih seluruh negara. Sudah tentu isunya adalah kos. Kos yang dikemukakan tidak termasuk produksi adalah RM35,000.00 berdasarkan 96 kes yang diliputi. Daripada 96 kes tersebut kami memerlukan 18 kes sahaja untuk didokumentarikan.
Sebagai CEO bila saya keputusan saya lihat cost effectiveness. Kenapa perlu 96 kes ? Ia hanya meningkatkan kos. Jadi saya kurangkan liputan dari 96 jadikan 48 (4 kes x 12 negeri) sebab yang kita perlukan hanya 18 kes sahaja. Lagipun liputan kes perlu sesuai supaya fokus dan tidak membazir.
Tapi pegawai saya tak setuju sebab dia perlu mark-up untuk cost contingency. Saya kata NO. Tapi dia kata dia dah explain dengan pengerusi program (ahli lembaga) dan setuju.
Sakit hati saya. Lepas ni apa juga program yang dipengerusikan oleh ahli lembaga, saya tak perlu buat keputusan. Sebab pegawai ada alternatif.